Sama ada kite menyedari ataupun tidak, ataupun kita sedar tetapi kita xnak ambil tahu.
Sebagai contoh:
Kite ditegur kerana tidak memakai stokin ketika keluar berjalan, kerana ianya berdosa disebabkan tidak menutup aurat.
Itu juga dikira ilmu :- Kaki adalah aurat, wajib menutupnya.
Tapi itu terpulang pada kita sama ada kita mahu menerima teguran itu ataupun tidak.
Ataupun kita terlalu ego untuk menerima teguran demi sebuah kebaikan? Tepuk dada, tanya iman.
Tuntut;ah ilmu selagi boleh. Jangan pernah penat untuk menuntut ilmu, kerana ilmu yang tinggi boleh menjadikan seseorang itu berfikir dengan lebih matang, lebih bijak apabila membuat keputusan.
Ingatlah, dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya.
Ingatan untuk diri sendiri yang sering lupa juga :)
Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu‘anha, beliau berkata,
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Maka Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam pun berpaling darinya dan bersabda, “wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu jika sudah haidh (sudah baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali ini dan ini”,beliau menunjuk wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Abu Daud 4140, dalam Al Irwa [6/203] Al Albani berkata: “hasan dengan keseluruhan jalannya”)

No comments:
Post a Comment